Merentas desa merupakan suatu aktiviti yang dijalankan di sekolah. Merentas desa merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa mereka di bangku persekolahan. Semua warga sekolah dan murid melibatkan diri dengan aktif dalam program yang dijalankan. Murid-murid sangat menikmati dan seronok dengan program yang dijalankan.