Program Hari Sukan Negara di Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir dilaksanakan melalui aktiviti senamrobik yang melibatkan warga sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk minat terhadap aktiviti sukan dan rekreasi. Melalui aktiviti senamrobik yang dijalankan, murid-murid dapat melakukan aktiviti fizikal dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan di samping mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah.