Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN NEGARA 2026 (2)

Pada hari Jumaat, 16 Oktober 2026, SJKC Gunong Rapat telah mengadakan aktiviti senamrobik sempena Hari Sukan Negara 2026 di dewan sekolah. Aktiviti ini melibatkan penyertaan semua guru dan murid. Program dimulakan dengan sesi pemanasan badan (warm-up) bagi menyediakan otot dan badan sebelum melakukan senaman. Seterusnya, semua guru dan murid melakukan senamrobik bersama-sama mengikut irama muzik dengan penuh semangat. Aktiviti diakhiri dengan sesi penyejukan badan dan latihan menarik nafas secara perlahan-lahan untuk menenangkan badan serta menstabilkan pernafasan. Program ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal dan mengeratkan hubungan antara guru dengan murid. Selain itu. Kereta Milo juga datang ke SJKC Gunong Rapat untuk memeriahkan suasana sekolah. Kehadiran kereta Milo telah menarik perhatian murid-murid yang berpeluang menikmati minuman Milo yang disediakan. Aktiviti ini menceriakan murid-murid serta memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada mereka. Semua murid berasa gembira dan teruja dengan kunjungan kereta Milo ke sekolah.

Event Information

Event Date 10-04-2027 7:45 am - 8:30 am
Registration Start Date 10-04-2027 7:30 am
Cut Off Date 10-04-2027 7:40 am
Capacity 600
Registered 0
Available Place 600
Individual Price -