SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026SK SIMPANG TIGA
Program Hari Sukan Negara 2026 telah dilaksanakan oleh SK Simpang Tiga pada 10 Oktober 2026 bertujuan untuk membudayakan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga sekolah.
Program ini memberi peluang kepada murid dan warga sekolah untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi. Pelaksanaan program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal, memupuk semangat kerjasama, mengeratkan hubungan silaturahim serta menerapkan nilai disiplin dan kesukanan.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dan menjadikan amalan hidup sihat sebagai budaya dalam kehidupan seharian.