Program Senamrobik Sempena Hari Sukan Negara 2026 telah berlangsung pada 9 Oktober 2026 (Jumaat), dari pukul 7.35 hingga 8.00 pagi bertempat di Dewan Ibnu Jarir, SK Teruntum, Kuantan, Pahang.
Program ini melibatkan semua murid Tahap 2 dan dikendalikan oleh instruktor jemputan, Zin Yati. Aktiviti senamrobik ini bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal, memupuk minat terhadap aktiviti sukan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid.
Program berlangsung dengan lancar dan mendapat penyertaan murid yang terlibat. Diharapkan aktiviti ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan dan menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian.