Hari Sukan Negara (HSN) merupakan agenda nasional yang disambut pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Penganjuran program ini bertujuan untuk membudayakan sukan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Bagi menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), SJKC Min Shing akan mengadakan program kecergasan berfokuskan aktiviti senamrobik demi melahirkan murid yang cergas fizikal dan cerdas mental.