Semua warga Puteri telah menyertai Sambutan Hari Sukan Negara 2026 (HSN) dengan situasi yang berbeza. Sebahagian warga Puteri melakukan aktiviti fizikal di dalam dewan tertutup, manakala sebahagian lagi melakukan aktiviti dalam bilik darjah dengan aktiviti masing-masing. Tahun ini, situasi berubah kerana jerebu yang melanda negara sangat tidak sihat. Namun HSN diteruskan tidak semeriah biasa. Harapannya, HSN dapat:
menerapkan budaya bersukan sepanjang hayat kepada warga Puteri
memberi kesedaran melalui bersukan, dapat memupuk semangat perpaduan, interaksi dan ikatan persefahaman yang mendalam kalangan warga Puteri.
memupuk kesedaran yang mendalam nilai-nilai positif dalam aktiviti sukan serta kesannya dalam membina masyarakat sihat
meningkatkan pengetahuan sukan dan faedah kesihatan sepanjang hayat.