Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

KEJOHANAN MERENTAS DESA

KEJOHANAN MERENTAS DESA Bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara 2026, SJKC Sungai Salak telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa pada 16 Oktober 2026, bertempat di sekitar kawasan sekolah. Program ini melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan kerjasama guru-guru dan jawatankuasa pelaksana sekolah. Aktiviti utama program ialah pertandingan larian merentas desa mengikut kategori umur dan jantina. Murid Tahap 1 mengikuti laluan sejauh 1.2 kilometer, manakala murid Tahap 2 mengikuti laluan sejauh 2.2 kilometer. Program turut merangkumi sesi taklimat keselamatan, aktiviti memanaskan badan, pertandingan larian dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental murid, menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta memupuk nilai disiplin, kerjasama, daya saing dan semangat kesukanan. Selain itu, program ini dapat mengeratkan hubungan antara warga sekolah serta menyokong aspirasi Hari Sukan Negara dalam membudayakan sukan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.

Event Information

Event Date 28-10-2026 7:00 am - 10:00 am
Capacity 500
Registered 0
Available Place 500
Individual Price Free
Location SJKC SUNGAI SALAK

We are no longer accepting registration for this event