Program Hari Sukan Negara Madani SK Mambau 2026 merupakan satu program yang dianjurkan bagi menyahut seruan kerajaan dalam membudayakan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti sukan dan rekreasi. Program ini melibatkan penyertaan seluruh warga sekolah dalam aktiviti senamrobik dan sukan rakyat. Pelaksanaan program ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental, memupuk semangat kesukanan, menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti fizikal serta membentuk amalan gaya hidup sihat. Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat melahirkan murid yang cergas, sihat, aktif dan mempunyai nilai positif melalui penglibatan dalam aktiviti sukan.