Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN NEGARA SJK (C) KG BARU PANTAI

HARI SUKAN NEGARA SJK (C) KG BARU PANTAI SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 Pada 16 Oktober 2026 (Jumaat), SJK(C) Kg Baru Pantai telah mengadakan Sambutan Hari Sukan Negara 2026 dari pukul 7.50 pagi hingga 12.35 tengah hari, bertempat di bilik darjah sekolah. Program ini melibatkan seramai 28 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6 serta lima orang guru, iaitu KBY, LSZ, CCH, CYJ dan NBL. Penganjuran program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk semangat kesukanan, disiplin, keyakinan diri dan kerjasama berpasukan dalam kalangan murid. AKTIVITI YANG DIJALANKAN Murid-murid telah dibahagikan kepada enam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Sebanyak empat aktiviti sukaneka dalaman telah dijalankan, iaitu: Cup Stacking – Cabaran menyusun dan menyusun semula cawan. Ping Pong Ball Egg Tray Toss – Cabaran melontar bola ping pong ke dalam bekas telur. Bowling Botol Mini – Permainan boling menggunakan botol plastik dan bola. Baling Pundi Kacang – Cabaran membaling pundi kacang ke dalam sasaran. Setiap kumpulan berpeluang menyertai keempat-empat permainan secara bergilir-gilir di bawah bimbingan dan pengawasan guru. Aktiviti-aktiviti ini menguji ketepatan, koordinasi mata dan tangan, tumpuan serta semangat kerjasama antara ahli kumpulan. KEPUTUSAN PERTANDINGAN DAN SENARAI PEMENANG Berdasarkan jumlah markah keseluruhan yang diperoleh, keputusan pertandingan adalah seperti berikut: JOHAN – KUMPULAN K1 (73 MARKAH) Ahli kumpulan: KINGSLY SIOW QI ZHI NAURAH SAAFIRA BINTI SUKRI MUHAMAD HAZIQ BIN MOHD FERDAUS AHMAD SYAMEER BIN MOHAMAD ARIF AIMEE HOH MEI YING NAIB JOHAN – KUMPULAN K6 (60 MARKAH) Ahli kumpulan: NURQAIDAH UMAIRAH BINTI ZULKEFLEE MUHAMMAD MUHYMEEN BIN IRWAN RIZAN MUHAMMAD AFIFF HAMDANI BIN HAIRUL INTAN SYAQILLA BINTI IRMAN RIZAL TEMPAT KETIGA – KUMPULAN K4 (52 MARKAH) Ahli kumpulan: MUHAMMAD AQIFF ARRYAN BIN HAIRUL MUHAMMAD FAREED A'ISY BIN MUHAMMAD AZERIN MUHAMMAD MUINUDDIN AISY BIN MOHAMMAD MUSLIHIN AAIRA SAFFIYAH AL ATTAS BINTI MOHD ASNA RAYYAN HAZARD BIN AZRULSHAFIQ TEMPAT KEEMPAT – KUMPULAN K5 (40 MARKAH) Ahli kumpulan: MUHAMMAD FAQEH AL ATTAS BIN MOHD ASNA NUR SHAFIYYAH ADRIANA BINTI MOHD SHAFIZUL IZMI MUHAMMAD ATIFF LUQFAN BIN HAIRUL SITI NUSAIBAH ZAHIRAH BINTI MOHD SUHAIMI TEMPAT KELIMA – KUMPULAN K2 (34 MARKAH) Ahli kumpulan: MARYAM IRDINA BINTI MOHAMAD ARIF AQIL ZAFRAN BIN ZAINUDDIN AARIZ YUSUF BIN AZRULSHAFIQ NADHRA SAEEDAA BINTI SUKRI PUTERI NUR AAFIYA BINTI MUHAMMAD AKMAL HADIAH SAGUHATI – KUMPULAN K3 (30 MARKAH) Ahli kumpulan: MUHAMAD HARITH BIN MOHD FERDAUS DANIEL EVANS AK ROSLAN NUR DAANIA UZMA BINTI SAHAZIZI RAYNA ARISSA BINTI MUHAMAD NAJIB SHAFINA DELICA A/P RAPIT PENUTUP Melalui program ini, murid-murid berpeluang menyertai aktiviti sukan yang menyeronokkan dalam suasana pembelajaran yang berbeza. Penglibatan murid daripada pelbagai peringkat umur turut memberi peluang kepada mereka untuk saling membantu, berkomunikasi dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Program ini menjadi salah satu usaha pihak sekolah untuk membudayakan aktiviti fizikal serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid. Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan atas penyertaan dan usaha yang diberikan. Penghargaan juga ditujukan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. SUKAN UNTUK SEMUA! SJK(C) KG BARU PANTAI

Event Information

Event Date 16-10-2026 7:50 am - 12:35 pm
Capacity 40
Registered 0
Available Place 40
Individual Price Free
Location SJKC KAMPONG BARU PANTAI

We are no longer accepting registration for this event