Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

Hari Sukan Negara Peringkat SK Seliau

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SELIAU Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Seliau dianjurkan bertujuan untuk memupuk budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga sekolah melalui aktiviti sukan dan rekreasi yang menyeronokkan. Program ini melibatkan penyertaan murid daripada pelbagai tahap melalui aktiviti sukan rakyat tradisional, permainan berkumpulan dan sukaneka yang dapat meningkatkan kecergasan fizikal, mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan kesukanan. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat menyemai minat murid terhadap aktiviti fizikal, membentuk gaya hidup sihat serta melahirkan murid yang cergas, aktif dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

Event Information

Event Date 16-10-2026 7:40 am - 10:10 am
Capacity Unlimited
Individual Price Free
Location Sekolah Kebangsaan Seliau