Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

SENAMROBIK M-ROBIK (2)

SENAMROBIK M-ROBIK (2) Program Senamrobik M-ROBIK Sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2026 telah diadakan pada 27 Oktober 2026 (Selasa), dari pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, bertempat di Dewan Sekolah SJKC Pay Fong 2. Program ini bertujuan untuk menggalakkan murid dan warga sekolah mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti senamrobik. Sepanjang program, murid-murid bersama guru telah mengambil bahagian secara aktif dan penuh bersemangat dalam aktiviti senaman berirama. Penganjuran program ini juga dapat meningkatkan kecergasan fizikal, memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan hubungan antara warga sekolah. Program ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 dalam usaha membudayakan sukan sebagai amalan kehidupan seharian.

Event Information

Event Date 27-10-2026
Event End Date 27-10-2026
Capacity 890
Individual Price Free