Hari Sukan Negara merupakan inisiatif nasional untuk membudayakan sukan, kecergasan dan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia. Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi bagi menggalakkan serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan, seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030). Program ini merupakan salah satu kempen untuk mendidik penjawat awam agar mengambil tahu dan meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kesihatan kendiri. Program ini akan meningkatkan kesedaran dan penglibatan aktif individu dan komuniti untuk pemerkasaaan kesihatan masyarakat dan seterusnya perubahan tingkahlaku amalan kesihatan yang baik. Dalam jangka masa panjang, status kesihatan anggota pergigian akan bertambah lebih baik.