𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐑𝐄𝐋𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Melaka telah menjayakan Hari Sukan Negara RELA Negeri Melaka Tahun 2026 bertempat di Padang Politeknik Merlimau, Melaka.
Program melibatkan penyertaan Pegawai, Kakitangan dan Anggota RELA dari Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
Pelbagai acara menarik dipertandingkan seperti Bola Sarong, Baton Buta, Tarik Tali, Konda-Kondi, RELA Challenge dan Karaoke Sumbang Merdu, yang menceriakan suasana di samping memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan ukhuwah.
Program turut dihadiri PPjKR Nur Mira Atika binti Razali, Pengarah RELA Negeri Melaka, yang menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Tahniah kepada RELA Daerah Melaka Tengah yang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan!
Semoga program ini terus memperkukuh silaturahim serta menyemarakkan budaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan warga RELA.