Objektif utama Larian Ria Madani (yang dianjurkan sempena sambutan Hari Sukan Negara) adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan cergas. Menjadikan senaman dan aktiviti fizikal (seperti larian 5KM dan jalan santai 3KM) sebagai budaya harian masyarakat. Selain itu juga, ini sebagai satu langkah menerapkan semangat perpaduan dan keharmonian. Menyatukan pelbagai lapisan masyarakat-termasuk keluarga, belia, warga emas, dan Orang Kurang Upaya (OKU)-dalam satu aktiviti komuniti. Menyokong aspirasi negara untuk memperkukuh agenda nasional melalui pembudayaan sukan untuk semua di bawah kerangka Malaysia MADANI.
Mencapai sasaran penyertaan massa: Menggerakkan penyertaan rakyat secara besar-besaran (mensasarkan jutaan penyertaan di seluruh negara) bagi meriahkan sambutan Hari Sukan Negara.