Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SMK MACHANG TAHUN 2026 (2)

Penganjuran Hari Sukan Negara di peringkat sekolah dapat menjadi wadah untuk menggalakkan warga sekolah melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan sukan secara aktif. Sehubungan dengan itu, SMK Machang telah menganjurkan Hari Sukan Negara sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan aktiviti fizikal, kecergasan dan gaya hidup sihat.  Program ini mensasarkan semua warga SMK Machang iaitu murid Tingkatan 1 hingga 5, murid PPKi, pelajar Tingkatan 6, guru dan AKP.  Pelbagai aktiviti telah diadakan yang berbentuk pertandingan bagi mengglakkan pelibatan murid secara aktif. Antara aktiviti adalah senamrobik, pertandingan sepakan penalti, pertandingan petanque dan sukaneka.

Event Information

Event Date 10-10-2026 7:30 am - 11:20 am
Capacity 920
Registered 0
Available Place 920
Individual Price Free
Location SMK MACHANG

We are no longer accepting registration for this event