Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK ST XAVIER CAWANGAN TAHUN 2026

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK ST XAVIER CAWANGAN TAHUN 2026 Program Hari Sukan Negara Peringkat SK St. Xavier Cawangan Tahun 2026 telah diadakan di dewan sekolah dengan penglibatan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 serta guru-guru. Program ini dilaksanakan di dalam dewan berikutan keadaan cuaca berjerebu bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua peserta sentiasa terpelihara. Aktiviti utama yang dijalankan ialah senamrobik yang bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal, menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta memupuk kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Murid-murid dan guru-guru mengambil bahagian secara aktif dalam pergerakan senamrobik yang menyeronokkan dan menyegarkan. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mewujudkan suasana yang ceria dan meriah, di samping mengeratkan hubungan antara warga sekolah. Program ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan, mengekalkan kecergasan dan menjadikan aktiviti sukan sebagai amalan berterusan dalam kehidupan seharian.    

Event Information

Event Date 09-10-2026 7:40 am - 8:40 am
Capacity 300
Individual Price Free
Location SK ST XAVIER CAWANGAN