Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN ARING BERSAMA KOMUNTI ARING 2026 (2)

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN ARING BERSAMA KOMUNTI ARING 2026 (2) Program Hari Sukan Negara SK Aring Bersama Komuniti Aring 2026 telah dilaksanakan pada hari Sabtu bertarikh 10/10/2026 dengan bertemakan “Teknologi Digital dan Kecerdasan Buatan (AI)”. Program ini bertujuan untuk memupuk budaya hidup sihat, menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti sukan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dengan komuniti setempat. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah Sepak Penalti Bola Sepak yang melibatkan murid lelaki dan warga Aring lelaki, serta Penalty Shoot Bola Jaring yang disertai oleh murid perempuan dan warga Aring wanita. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan kemahiran, semangat kesukanan dan kerjasama dalam suasana yang meriah dan penuh semangat. Selain itu, program ini turut diserikan dengan Kuiz Hari Sukan Negara menggunakan platform Kahoot, yang mengintegrasikan teknologi digital dalam aktiviti pembelajaran dan hiburan. Penggunaan platform ini menjadikan aktiviti kuiz lebih interaktif, menarik dan selaras dengan tema program. Secara keseluruhannya, program ini berjaya menggabungkan elemen sukan, teknologi digital dan penglibatan komuniti dalam usaha melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan celik teknologi. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan antara sekolah dengan komuniti serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Event Information

Event Date 10-10-2026
Event End Date 10-10-2026
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SEKOLAH KEBANGSAAN ARING

We are no longer accepting registration for this event