Hari Sukan Negara merupakan satu inisiatif untuk membudayakan amalan hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat. Sehubungan itu, pihak sekolah mengambil peluang untuk menganjurkan Hari Sukan Negara di peringkat sekolah bagi menggalakkan penglibatan aktif murid dan warga sekolah dalam aktiviti fizikal serta sukan.
Program ini juga dapat menjadi platform untuk meningkatkan kecergasan fizikal, membina semangat kerjasama, mengeratkan hubungan antara warga sekolah serta memupuk nilai disiplin dan gaya hidup sihat.