Program Hari Sukan Negara 2026 peringkat SK Kuala Krai akan diadakan pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) bertempat di SK Kuala Krai. Program ini digabungkan dengan Karnival Sukan Ria 1 Murid 1 Sukan SK Kuala Krai Tahun 2026. Program ini bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal, mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid. Diharapkan program ini dapat meningkatkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti sukan serta melahirkan murid yang sihat, cergas, berdaya saing dan celik teknologi.