Secara keseluruhannya sambutan Hari Sukan Negara 2026 telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 513 orang murid dan 72 orang guru menjdikan jumlah keseluruhan peserta 585 orang. Aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik,brisk walk,menjaring bola jaring, timbang sepak raga,permainan karom dan congkak.Kepelbagaian aktiviti ini memberi peluang kepada murid dan guru untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan,rekreasi dan permainan tradisional.Program ini menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat,memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan antara semua warga sekolah.