Sambutan Hari Sukan Negara SK Pendek 2026 dianjurkan bagi menyemai kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Program ini melibatkan aktiviti sukan dan rekreasi yang menyeronokkan bagi menggalakkan kecergasan fizikal, memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim. Diharapkan program ini dapat membudayakan amalan hidup aktif dan sihat dalam kehidupan seharian.