Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN NEGARA SK MULONG 2026

HARI SUKAN NEGARA SK MULONG 2026 Program Hari Sukan Negara di SK Mulong telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Semua aktiviti yang dijadualkan dapat dilaksanakan dengan baik hasil kerjasama daripada pihak pentadbir, guru-guru, murid-murid dan semua pihak yang terlibat. Program ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga sekolah. Murid-murid menunjukkan minat dan semangat yang tinggi ketika menyertai acara yang dipertandingkan. Penglibatan guru dalam acara bola jaring dan bola sepak turut memeriahkan suasana program serta mengeratkan hubungan antara guru dengan murid. Antara kekuatan program ini ialah sambutan yang baik daripada warga sekolah, kerjasama yang erat antara guru dan murid serta kepelbagaian aktiviti yang sesuai dengan tahap murid. Pelaksanaan aktiviti sukan dan sukaneka berjaya mewujudkan suasana yang ceria, aktif dan menyeronokkan. Secara keseluruhannya, sambutan Hari Sukan Negara 2026 di Sekolah Kebangsaan Mulong telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan murid yang cergas, sihat dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

Event Information

Event Date 10-11-2026 8:15 am - 1:15 am
Registration Start Date 10-11-2026 8:15 am
Capacity 822
Registered 0
Available Place 822
Individual Price Free
Location SEKOLAH KEBANGSAAN MULONG