Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN NEGARA SK BECHAH KELUBI

HARI SUKAN NEGARA SK BECHAH KELUBI RUMUSAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2026 Penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat SK Bechah Kelubi 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan mencapaikan matlamat dasarnya dalam membudayakan gaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan warga sekolah. Program ini bukan sahaja menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), malah menjadi pemangkin kepada kesejahteraan fizikal, mental, dan sosial seluruh warga SK Bechah Kelubi. Pencapaian Utama & Impak: Pembangunan Murid secara Holistik: Program ini berjaya meningkatkan tahap kecergasan, memupuk disiplin, serta membina keyakinan diri murid menerusi penyertaan aktif dalam aktiviti sukaneka dan permainan berpasukan. Kesejahteraan Guru & Staf: Menjadi platform berkesan bagi pengurusan stres (work-life balance) serta mengukuhkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga pendidik dan staf sokongan. Pengukuhan Hubungan Komuniti: Mempererat jalinan kerjasama dan silaturahim antara pihak sekolah dengan ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Langkah Penambahbaikan Masa Hadapan: Bagi memastikan penganjuran pada masa akan datang lebih cemerlang, beberapa aspek utama telah diidentifikasikan untuk ditingkatkan: Kepelbagaian Pengisian: Meluas acara mengikut kesesuaian tahap umur murid, menambah acara khas untuk ibu bapa/komuniti, serta menyerapkan elemen sukan tradisional. Kelancaran Pengurusan: Menitikberatkan kawalan masa yang lebih ketat dan memanfaatkan pembantu stesen bagi melancarkan pergerakan aktiviti. Kebajikan & Logistik: Menyediakan stesen hidrasi (hydration station) yang lebih teratur, mempertingkat kawalan keselamatan/pertolongan cemas, serta menambah baik sistem siar raya di padang. secara keseluruhannya, Hari Sukan Negara SK Bechah Kelubi 2026 telah mencapai objektif penubuhannya dan memberi impak yang amat positif. Dengan pelaksanaan cadangan penambahbaikan yang dikenal pasti, penganjuran pada masa hadapan diyakini dapat dilaksanakan dengan lebih komprehensif, meriah, dan berkesan.

Event Information

Event Date 10-10-2026
Event End Date 10-10-2026
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SK BECHAH KELUBI, CHETOK

We are no longer accepting registration for this event