Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

Hari Sukan Negara Peringkat SK Lata Rek 2026

Hari Sukan Negara Peringkat SK Lata Rek 2026 Pada hari Sabtu, 10 Oktober 2026, semua warga SK Lata Rek telah mengadakan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah. Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang disertai oleh warga sekolah bagi memanaskan badan sebelum aktiviti sukan bermula. Pelbagai aktiviti sukan dan permainan menarik telah dijalankan mengikut tahap dan tahun bagi melibatkan semua murid. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tarik bola menggunakan gelung bagi tahun 1, Tahun 2 menyusun kon dan marker, Tahun 3 melempar pundi kacang ke dalam gelung, Tahun 4 mengisi air ke dalam botol, Tahun 5 dan 6 lelaki penalti gol kecil, manakala Tahun 5 dan 6 perempuan skor bola jaring. Secara keseluruhannya, aktiviti dapat dijalankan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan. Diharapkan program ini dapat memupuk minat murid terhadap aktiviti fizikal serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan seimbang.

Event Information

Event Date 10-10-2026
Event End Date 10-10-2026
Capacity 417
Individual Price Free