HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KEBAKAT JAYA 1. PENGENALAN Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Sekolah Kebangsaan Kebakat Jaya dianjurkan bagi membudayakan amalan hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga sekolah melalui penglibatan dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. 2. OBJEKTIF PROGRAM 1. Memupuk minat murid terhadap aktiviti sukan dan kecergasan fizikal. 2. Menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif. 3. Meningkatkan kecergasan fizikal serta daya tahan tubuh. 4. Memupuk semangat kerjasama, disiplin dan kesukanan. 5. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah. 3. BUTIRAN PROGRAM Nama Program : Hari Sukan Negara 2026 Tarikh : 10 Oktober 2026 (Sabtu) Tempat : Dataran Perhimpunan, SK Kebakat Jaya Penganjur : Unit Kokurikulum SK Kebakat Jaya Sasaran : Warga SK Kebakat Jaya 4. AKTIVITI YANG DIJALANKAN Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah aktiviti senamrobik, aktiviti sukaneka Tahap 1 Dan Tahap 2 yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid Dan Penyampaian hadiah kepada peserta 5. IMPAK PROGRAM Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan, menggalakkan murid mengamalkan gaya hidup aktif, meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. 6. PENUTUP Diharapkan penganjuran Hari Sukan Negara 2026 Peringkat SK Kebakat Jaya dapat menyemai budaya bersukan dan menjadikan aktiviti fizikal sebagai amalan berterusan dalam kehidupan seharian.