Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

Hari Sukan Negara

Hari Sukan Negara Objektif program ialah untuk mewujudkan budaya sukan dalam kalangan murid dan warga SMK Dabong. Selain itu, program ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan aktiviti beriadah dan meningkatkan kemahiran psikomotor. Di samping itu, HSN ini dilaksanakan untuk melahirkan warga SMK Dabong yang sihat dari segi mental dan fizikal melalui aktiviti sukan. Seterusnya aktiviti diharap mampun menarik minat murid untuk hadir ke sekolah melalui aktiviti yang dijalankan. Antara impak program ini ialah warga sekolah dapat mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu, program ini membantu meredakan tekanan harian dan memberi ketenangan mental kepada semua warga sekolah. Seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah. Hasil daripada program menunjukkan peratus kehadiran murid ke sekolah meningkat. Antara cadangan penambahbaikan program ini untuk masa akan datang ialah dengan mempelbagaikan aktiviti yang dapat mencungkil bakat sukan dan kreativiti murid ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Event Information

Event Date 10-10-2026 8:00 am - 2:00 pm
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SMK DABONG

We are no longer accepting registration for this event