Program Hari Sukan Negara peringkat sekolah telah dilaksanakan pada 10.10.2026 hanya melibatkan pelajar dan guru sahaja, antara aktiviti yang dibuat ialah Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah, Pertandingan Bola Tampar Perempuan, Pertandingan Badminton dan Sepak Takraw melibatkan sejumlah 76 orang pelajar , Acara sukan bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 12.30 tengahari. Semua acara pertandingan itu dilaksanakan di kawsan sekolah sahaja.Program ini sangat berjaya dan dapat memberi kesedaran kepada pelajar dan guru tentang kepentingan bersukan kepada setiap individu.