Jabatan Insolvensi Negeri Kelantan telah mengadakan aktiviti sempena Hari Sukan Negara 2026 secara indoor bertempat di jabatan ini pada 11 Oktober 2026. Aktiviti ini melibatkan pegawai dan kakitangan jabatan bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Aktiviti yang dijalankan adalah permainan dart, catur, dam ular dan congkak. Aktiviti ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan tetapi juga dapat mengeratkan silaturahim antara pegawai dan kakitangan.