Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

Hari Sukan Negara Peringkat sekolah

Hari Sukan Negara Peringkat sekolah Laporan Pelaksanaan Program kecergasan sempena Hari Sukan Negara 1.0 Maklumat Program Nama program : Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Tarikh : 11.10.2026 Hari : Ahad Masa : 4.30 pm hingga 6.45 pm Tempat : Astaka sekolah, gelanggang bola keranjang                                           dan gelanggang bola tampar Anjuran : Unit Kokurikulum dan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sasaran : Semua murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Bilangan peserta : 767 orang Penyelaras program : En Haris Fauzan   2.0 Pengenalan Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah telah dirancang untuk menggalakkan penglibatan aktif warga sekolah dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Program ini bertujuan memupuk amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta membina semangat Kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid. 3.0 Objektif Program Objektif pelaksanaan program Adalah untuk: 1. Memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan murid sekolah 2. Menggalakkan penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan rekreasi 3. Meningkatkan kecergasan fizikal serta daya tahan murid. 4. Memupuk semangat Kerjasama, disiplin dan perpaduan antara murid 5. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian.     4.0 Pelaksanaan Program Program telah dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan. Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran peserta, diikuti taklimat program dan sesi senamrobik. Seterusnya para peserta mengambil bahagian dalam pertandingan bola tampar dan pertandingan bola keranjang. Semua aktiviti dikendalikan oleh guru and pembantu murid dari kelab bola tampar dan kelab bola keranjang. Pasukan St John bertanggungjawab mengubati murid yang cedera. Program diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah. 5.0 Kekuatan program Aktiviti yang dijalankan menarik dan bersesuaian dengan murid. Kerjasama yang baik daripada guru dan jawatankuasa pelaksana. 6.0 Kekangan dan masalah Kekangan masa untuk menjalankan aktiviti kerana mendekati minggu pentaksiran sekolah. Keadaan cuaca berjerebu menyebabkan semua aktiviti dijalankan di tempat yang berbumbung. 7.0 Cadangan penambahbaikan Menambah variasi aktiviti mengikut tahap kecergasan dan minat murid. 8.0 Penutup Secara keseluruhannya, Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan budaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Diharapkan  program ini boleh diteruskan dengan penambahbaikan dari segi kepelbagaian aktiviti dan penyertaan murid.

Event Information

Event Date 10-11-2026 4:30 pm - 6:45 pm
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price $200.00
Location smk keat hwa

We are no longer accepting registration for this event