Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN NEGARA 2026

HARI SUKAN NEGARA 2026 1.0 PENDAHULUAN Program Hari Sukan Negara 2026 di SK Seri Inas telah diadakan pada 17 Oktober 2026 bermula jam 8.00 pagi. Program ini dilaksanakan bagi menggalakkan budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga sekolah melalui aktiviti kecergasan fizikal secara beramai-ramai. 2.0 OBJEKTIF ·       Memupuk amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan murid. ·       Meningkatkan kecergasan fizikal serta kesedaran tentang kepentingan bersukan. ·       Mengeratkan hubungan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga sekolah. 3.0 PELAKSANAAN PROGRAM Program dimulakan dengan perhimpunan peserta di kawasan lapang sekolah. Murid-murid dan warga sekolah menyertai aktiviti senamrobik serta gerakan kecergasan yang dipimpin oleh fasilitator. Aktiviti dijalankan secara serentak dalam suasana ceria dan terkawal dengan pemantauan guru. 4.0 IMPAK / HASIL PROGRAM Program ini memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti fizikal bersama-sama, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup aktif. Penglibatan peserta juga membantu memupuk disiplin, kerjasama dan semangat kesukanan. 5.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, Program Hari Sukan Negara 2026 di SK Seri Inas telah berlangsung dengan lancar berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan bagi membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.

Event Information

Event Date 10-10-2026
Event End Date 10-10-2026
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SK SERI INAS

We are no longer accepting registration for this event