Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

KEDA FUN RUN 2026

KEDA FUN RUN 2026 Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah berjaya menganjurkan program KEDA Fun Run dalam usaha menyemarakkan budaya sukan dan gaya hidup sihat. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penglibatan seramai 300 orang peserta yang terdiri secara eksklusif daripada kakitangan KEDA. Kelancaran acara ini dijayakan sepenuhnya oleh komitmen urusetia dalaman yang juga merupakan warga kerja KEDA. Bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua peserta terjamin, program ini turut mendapat kerjasama strategik daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertindak menyediakan bantuan awalan kecemasan di sepanjang laluan larian. Secara keseluruhannya, KEDA Fun Run telah berlangsung dengan lancar dan selamat. Ia bukan sahaja berjaya menyokong inisiatif Hari Sukan Negara, malah menjadi platform yang berkesan untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja KEDA.

Event Information

Event Date 11-10-2026
Event End Date 11-10-2026
Capacity 300
Registered 0
Available Place 300
Individual Price Free
Location IBU PEJABAT KEDA

We are no longer accepting registration for this event