LAPORAN HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2026 PERINGKAT JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) NEGERI KEDAH
1.0 PENDAHULUAN
Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2026 Peringkat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah telah diadakan pada 9 Oktober 2026 (Jumaat), bertempat di perkarangan JPJ Negeri Kedah. Program ini bertujuan untuk memupuk budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga kerja, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta meningkatkan semangat kerjasama dan kesukanan.
2.0 BUTIRAN PROGRAM
Tarikh: 9 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa: 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Perkarangan JPJ Negeri Kedah
Program: Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2026 Peringkat JPJ Negeri Kedah
3.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi telah diadakan bagi memeriahkan sambutan, antaranya:
Senamrobik
Fun Walk
Netball Brotherhood
Ratu Penalti Kedah
Langkah Sehati Sejiwa
Kain Rebut
Sentuhan Berantai
Sukaneka kanak-kanak – misi memburu coklat, span power, belon kapit dan bola muzik
Penyertaan
1. Kakitangan dan pasangan - 181 orang
2. Anak Kakitangan - 103 orang
Aktiviti-aktiviti ini memberi peluang kepada warga kerja untuk melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang menyeronokkan serta menggalakkan semangat berpasukan, perpaduan dan persaingan secara sihat.
4.0 HASIL DAN IMPAK PROGRAM
Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan penjagaan kesihatan melalui aktiviti fizikal secara berkala. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan antara warga kerja, memupuk nilai kerjasama dan disiplin serta mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan positif.
5.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2026 Peringkat JPJ Negeri Kedah merupakan satu inisiatif yang bermanfaat dalam menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga kerja. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong kesejahteraan warga kerja serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam organisasi.