Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN NEGARA SJKC CHUNG HWA, SIK TAHUN 2026

Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2026, SJKC Chung Hwa, Sik telah mengadakan aktiviti senamrobik beramai-ramai yang melibatkan semua murid, guru, dan staf sokongan sekolah. Program ini bertujuan untuk menyemai semangat kesukanan, memupuk gaya hidup sihat serta menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal. Program bermula pada jam 8:00 pagi dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar, diikuti dengan taklimat keselamatan ringkas. Seterusnya, semua peserta menyertai sesi senamrobik yang diketuai oleh guru pendidikan jasmani dengan iringan muzik yang rancak dan menyeronokkan. Murid-murid menunjukkan semangat yang tinggi dan menikmati setiap gerakan senaman yang dipersembahkan. Aktiviti berakhir sekitar jam 9:00 pagi. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal serta mengeratkan hubungan antara warga sekolah.

Event Information

Event Date 11-10-2026 8:00 am - 9:00 am
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SJKC CHUNG HWA

We are no longer accepting registration for this event