Hari Sukan Negara merupakan salah satu aktiviti peringkat kebangsaan yang diadakan pada minggu kedua pada bulan oktober setiap tahun. Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan. Sehubungan dengan itu, Hari Sukan Negara akan diadakan di peringkat SK Lok Yuk Sikuati seiring dengan pelaksanaan di peringkat kebangsaan pada tahun ini.