Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

Program Senamrobik

Program Senamrobik PENGENALAN Program Senamrobik telah dilaksanakan oleh SK Rentap, Sarikei, sempena sambutan Hari Sukan Negara 2026. Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat melalui aktiviti senaman secara bersama-sama dalam kalangan warga sekolah. OBJEKTIF Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan kecergasan fizikal. Menggalakkan penglibatan murid dan kakitangan sekolah dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Memupuk amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kehidupan seharian. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah. AKTIVITI Aktiviti utama yang dilaksanakan ialah Senamrobik yang melibatkan murid dan kakitangan SK Rentap. PENYERTAAN Murid: 40 orang Kakitangan sekolah: 15 orang Jumlah keseluruhan: 55 orang PENUTUP Program ini merupakan salah satu usaha SK Rentap untuk menyokong sambutan Hari Sukan Negara 2026 serta membudayakan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.

Event Information

Event Date 09-10-2026
Event End Date 09-10-2026
Capacity 55
Individual Price Free