Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

PROGRAM KECERGASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026

PROGRAM KECERGASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026 LAPORAN PROGRAM KECERGASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026 SEKOLAH KEBANGSAAN LIMAU KASTURI 2 1.0 BUTIRAN PROGRAM Perkara Maklumat Nama Program Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia Sempena Hari Sukan Negara 2026 Anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama SK Limau Kasturi 2 Tarikh 10 dan 11 Oktober 2026 (Sabtu dan Ahad) Masa 7.45 pagi – 10.15 pagi Tempat Padang Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 2 Sasaran Semua murid prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 dan guru-guru Penglibatan Warga SK Limau Kasturi 2 2.0 OBJEKTIF PROGRAM Meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kesihatan murid melalui aktiviti senamrobik, regangan dan sukan olahraga. Memupuk kesedaran tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kehidupan seharian. Menggalakkan penglibatan semua murid dalam aktiviti sukan dan rekreasi tanpa mengira tahap umur dan kebolehan. Mencungkil bakat serta potensi murid dalam bidang sukan dan olahraga. Memupuk nilai disiplin, kerjasama, keyakinan diri dan semangat kesukanan dalam kalangan murid. 3.0 LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia Sempena Hari Sukan Negara 2026 telah dilaksanakan pada 10 dan 11 Oktober 2026 bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 2. Program ini melibatkan penyertaan semua murid prasekolah hingga Tahun 6 serta guru-guru sekolah. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk membudayakan amalan hidup sihat melalui aktiviti kecergasan fizikal dan sukan dalam kalangan warga sekolah. Pada 10 Oktober 2026, program dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan regangan yang melibatkan murid serta guru. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal dan menyediakan murid sebelum menyertai acara sukan yang telah dirancang. Seterusnya, aktiviti sukantara dilaksanakan dengan melibatkan beberapa acara mengikut kategori umur dan tahap persekolahan. Antara acara yang dijalankan ialah larian 60 meter bagi murid prasekolah, 80 meter bagi murid Tahun 1 dan 2 serta 100 meter bagi murid Tahun 3 dan 4 dan Tahun 5 dan 6. Selain acara larian, acara lompat jauh turut dipertandingkan bagi murid Tahap 1 dan Tahap 2, lelaki dan perempuan. Pada 11 Oktober 2026, aktiviti diteruskan dengan senamrobik dan regangan sebagai aktiviti kecergasan awal. Seterusnya, murid mengambil bahagian dalam acara lompat tinggi dan lontar peluru yang melibatkan murid Tahap 1 dan Tahap 2 bagi kategori lelaki dan perempuan. Setiap acara dilaksanakan mengikut kategori yang telah ditetapkan dengan penglibatan guru-guru dalam pengurusan peserta, pengendalian acara, pengadilan, pencatatan statistik dan bantuan teknikal. Sepanjang pelaksanaan program, murid-murid diberikan peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Pelbagai acara sukan yang disediakan telah memberikan ruang kepada murid untuk menunjukkan kebolehan, mencungkil bakat serta meningkatkan keyakinan diri dalam bidang olahraga. Selain itu, pembahagian murid mengikut kategori umur dan tahap persekolahan membolehkan penyertaan dilaksanakan secara lebih tersusun dan bersesuaian dengan keupayaan murid. Program ini turut mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir, guru-guru dan jawatankuasa pelaksana. Penglibatan guru-guru rumah sukan Biru, Merah dan Kuning dalam menguruskan peserta serta perjalanan acara membantu memastikan aktiviti dapat dilaksanakan dengan teratur. Secara keseluruhannya, program ini telah memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid dalam mengamalkan gaya hidup aktif serta memupuk semangat kesukanan dan kerjasama melalui aktiviti fizikal. 4.0 IMPAK PROGRAM Pelaksanaan program ini telah memberikan beberapa impak positif kepada murid dan warga sekolah, antaranya: Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal melalui aktiviti sukan. Menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kecergasan dan olahraga. Memberikan peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan potensi dalam bidang sukan. Membentuk sikap disiplin, bertanggungjawab dan berkeyakinan ketika menyertai aktiviti yang dijalankan. Mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama antara murid dan guru. 5.0 KEKUATAN PROGRAM Kerjasama dan komitmen yang baik daripada pihak pentadbir, guru-guru serta jawatankuasa pelaksana dalam menjayakan program. Kepelbagaian acara sukan yang bersesuaian dengan tahap umur dan keupayaan murid. Pembahagian tugas yang sistematik dalam pengurusan peserta, pengendalian acara, pengadilan dan pencatatan statistik. Penglibatan murid daripada pelbagai peringkat persekolahan yang menggalakkan penyertaan menyeluruh. Aktiviti yang dijalankan berjaya memberikan pengalaman pembelajaran luar bilik darjah yang menyeronokkan dan bermanfaat. 6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Memperbanyakkan variasi aktiviti kecergasan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Menambah baik pengurusan masa bagi memastikan semua acara dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Memastikan peralatan dan kemudahan sukan disediakan secukupnya sebelum program bermula. Menggalakkan penyertaan lebih aktif daripada semua warga sekolah dalam program kecergasan pada masa akan datang. 7.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia Sempena Hari Sukan Negara 2026 telah menyediakan peluang kepada murid dan guru untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan fizikal serta sukan olahraga. Program seumpama ini wajar diteruskan bagi membudayakan gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan dan melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Diharapkan penglibatan aktif warga sekolah dalam program ini dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya sekolah yang sihat, cergas dan aktif.

Event Information

Event Date 10-10-2026 7:45 am
Event End Date 11-10-2026 7:45 am
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SK LIMAU KASTURI 2

We are no longer accepting registration for this event