Hari Sukan Negara peringkat sekolah merupakan program yang dianjurkan untuk menggalakkan murid-murid mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan rekreasi.
Tujuan program ini adalah memupuk minat murid terhadap aktiviti fizikal, menyihatkan tubuh badan dan mengeratkan kerjasama antara warga sekolah.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti senamrobik, sukaneka dan diadakan juga tayangan ringkas video berkaitan tokoh-tokoh sukan yang mengharumkan nama negara.