Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

LIBAS SEKOPAK LIBAS

Program Klinik Sukan Sepak Takraw merupakan satu program pembangunan sukan yang dirancang bagi memberikan pendedahan, pengetahuan serta pengalaman praktikal kepada murid dalam bidang permainan sepak takraw. Program ini merangkumi sesi klinik yang memberi penekanan kepada kemahiran asas dan teknik permainan seperti sepak sila, sepak kura, memaha, servis, menerima servis, mengumpan dan merejam. Selain itu, pertandingan sepak takraw turut diadakan bagi memberikan peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari dalam situasi permainan sebenar. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan murid serta meningkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum, khususnya dalam bidang sukan.

Event Information

Event Date 26-10-2026 7:30 am
Event End Date 27-10-2026 4:00 pm
Capacity 13
Individual Price Free
Location SK SUNGAI PAKOH