Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

KARNIVAL HARI SUKAN NEGARA SMPKVSA 2026

KARNIVAL HARI SUKAN NEGARA SMPKVSA 2026 Program Hari Sukan Negara 2026 telah dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk menyokong hasrat kerajaan dalam membudayakan amalan bersukan dan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat. Pelaksanaan program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan aktiviti fizikal dalam membentuk individu yang sihat, cergas dan aktif, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030. Pada pukul 7.45 pagi, semua murid telah berkumpul di Dewan Besar SMPKVSA bagi mengikuti acara pembukaan program. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan pendaftaran peserta. Pada pukul 8.15 pagi, aktiviti senamrobik telah dijalankan dengan penglibatan murid dan guru. Aktiviti tersebut mendapat sambutan yang baik dan berlangsung dalam suasana yang ceria serta penuh semangat. Penglibatan bersama antara murid dan guru turut mewujudkan hubungan yang lebih erat serta menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal. Setelah selesai aktiviti senamrobik, program diteruskan dengan pelbagai aktiviti sukan yang telah dirancang yang melibatkan semua murid. Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memberikan peluang kepada murid untuk mengambil bahagian secara aktif, di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan memupuk minat terhadap aktiviti sukan. Pada pukul 11.OO pagi, semua aktiviti telah selesai dan program diakhiri dengan sesi bersurai. Secara keseluruhannya, Program Hari Sukan Negara SMPKV Shah Alam 2026 telah berjalan dengan lancar dan mendapat penyertaan yang baik daripada warga sekolah. Pelaksanaan program ini telah memberikan pengalaman dan pendedahan yang bermakna kepada murid tentang kepentingan aktiviti fizikal serta amalan gaya hidup sihat. Program seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan yang lebih menyeluruh agar dapat melahirkan murid yang bukan sahaja sihat dan cergas dari segi fizikal, malah mempunyai minda yang cerdas, disiplin yang tinggi serta semangat kesukanan yang kukuh.   DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD ARIF BIN ISMAIL SU SUKAN SMPKV SHAH ALAM

Event Information

Event Date 23-10-2026
Event End Date 23-10-2026
Capacity 215
Individual Price Free
Location SMPKV SHAH ALAM