Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2026

Program Hari Sukan Negara 2026 bagi SJK(T) Tun Sambanthan, Pajam telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Oktober 2026. Program ini melibatkan penyertaan seramai 221 orang murid bersama-sama para guru untuk memupuk gaya hidup sihat dan semangat kesukanan. Atur cara bermula pada pukul 7:45 pagi apabila semua murid dan guru berkumpul di dewan sekolah. Selepas itu, pada pukul 8:00 pagi, sesi senamrobik dan pemanasan badan dijalankan untuk menyemarakkan tenaga para peserta. Tepat pukul 8:20 pagi, acara sukaneka bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2, dan 3) memulakan aksi mereka di dewan sekolah. Menjelang pukul 9:30 pagi, murid Tahap 1 menikmati waktu rehat di kantin, manakala giliran murid Tahap 2 (Tahun 4, 5, dan 6) pula diteruskan dengan acara sukaneka di dewan. Murid Tahap 2 seterusnya diberi ruang berehat pada pukul 10:15 pagi. Pada pukul 10:35 pagi, semua murid dan guru berkumpul semula di dewan untuk Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup. Program berakhir dengan penuh meriah dan semua peserta bersurai pada pukul 12:30 tengah hari.

Event Information

Event Date 21-10-2026 8:00 am - 12:00 pm
Cut Off Date 21-10-2026 12:00 pm
Capacity 221
Registered 0
Available Place 221
Individual Price Free
Location SJKT TUN SAMBANTHAN PAJAM

We are no longer accepting registration for this event