Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN NEGARA SK MUHIBBAH TAHUN 2026

HARI SUKAN NEGARA SK MUHIBBAH TAHUN 2026 Program Hari Sukan Negara 2026 peringkat SK Muhibbah telah berlangsung dengan jayanya pada Jumaat, 9 Oktober 2026, bertempat di Padang SK Muhibbah. Program ini dilaksanakan dalam dua sesi, iaitu sesi pagi (7.20 pagi – 9.50 pagi) dan sesi petang (3.00 petang – 5.00 petang). Aktiviti utama yang dilaksanakan termasuk senamrobik, dan sukaneka yang melibatkan penyertaan murid dalam suasana yang meriah dan menyeronokkan. Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan antara warga sekolah. Aktiviti yang dijalankan turut menyemai nilai kerjasama, disiplin dan perpaduan dalam kalangan murid. Semoga budaya aktif dan sihat terus menjadi amalan warga SK Muhibbah. #HariSukanNegara2026 #SKMuhibbah #MalaysiaAktif #GayaHidupSihat

Event Information

Event Date 09-10-2026 6:50 am - 5:00 pm
Cut Off Date 11-10-2026 5:00 pm
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SEKOLAH KEBANGSAAN MUHIBBAH

We are no longer accepting registration for this event