Program Hari Sukan Negara Peringkat SK Sentosa 2026 merupakan satu inisiatif untuk membudayakan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga sekolah melalui penglibatan dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Program ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, memupuk kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan serta menggalakkan murid dan warga sekolah menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada amalan kehidupan seharian. Selain itu, program ini dapat memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama, disiplin, semangat berpasukan, perpaduan dan kesukanan. Penglibatan warga sekolah dalam program ini diharapkan dapat mewujudkan suasana sekolah yang ceria, harmoni dan sihat, di samping membina keyakinan diri serta mengeratkan hubungan antara murid, guru dan seluruh warga sekolah. Melalui penganjuran program ini, SK Sentosa Tawau berharap dapat melahirkan warga sekolah yang cergas, sihat, aktif dan seimbang dari segi fizikal, mental serta sosial.