Matlamat Hari Sukan Negara peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Wangsa adalah untuk menjadikan sukan sebagai satu budaya dalam kalangan warga sekolah serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat dan aktif. Program ini juga bertujuan memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan antara murid serta warga sekolah di samping memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat dan potensi dalam bidang sukan. Secara keseluruhannya, Hari Sukan Negara diharap dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).