Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan mengharapkan agar setiap murid mengamalkan gaya hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin taraf kecergasan warga sekolah yang optimum. Selaras dengan itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bulan Oktober sebagai bulan kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia.