Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN NEGARA 2026 SMK PITAS

HARI SUKAN NEGARA 2026 SMK PITAS Hari Sukan Negara merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk membudayakan amalan hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya generasi muda. Penganjuran program ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti fizikal dan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup seharian, di samping melahirkan individu yang cergas, sihat dan mempunyai kesejahteraan fizikal serta mental.Selaras dengan tema “TEKNOLOGI DIGITAL DAN KECERDASAN BUATAN (AI)”, program ini turut memberi penekanan kepada penggunaan inovasi dan teknologi digital secara positif dalam menyokong pembudayaan gaya hidup sihat. Melalui pelaksanaan program ini, SMK Pitas berharap dapat melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga aktif, sihat, berdisiplin dan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan kecergasan fizikal.

Event Information

Event Date 10-10-2026 7:00 am - 1:00 pm
Cut Off Date 10-10-2026 11:00 am
Capacity Unlimited
Individual Price Free
Location SMK PITAS