Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT SEKOLAH

HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT SEKOLAH Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Sekolah 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama erat daripada pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah serta murid-murid. Program bermula pada jam 7.45 pagi dengan guru kelas merekod kehadiran murid di kelas sebelum semua murid berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing di padang sekolah. Tepat jam 8.15 pagi, program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang disertai oleh semua warga sekolah bagi menyemarakkan semangat kesukanan dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Seterusnya pada jam 8.45 pagi, pengurus peserta membuat persediaan kepada murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan sebelum berlangsungnya acara sukan melibatkan Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2. Pelbagai acara sukan telah dijalankan dalam suasana yang ceria, teratur dan penuh semangat kesukanan. Murid menunjukkan disiplin yang tinggi serta memberikan komitmen yang cemerlang sepanjang pertandingan berlangsung. Pada jam 10.00 pagi, murid Tahap 1 menikmati waktu rehat diikuti murid Tahap 2 pada 10.15 pagi. Selepas tamat acara sukan, semua murid berkumpul di Dewan Arena Agora pada jam 11.10 pagi untuk meneruskan majlis penutup. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis pada jam 11.15 pagi, diikuti ucapan Tuan Guru Besar pada jam 11.30 pagi yang menekankan kepentingan penglibatan aktif dalam bidang sukan serta pembentukan sahsiah murid melalui aktiviti kokurikulum.  Program berakhir pada jam 1.15 tengah hari dengan majlis bersurai. Secara keseluruhannya, Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2026 telah mencapai objektif yang ditetapkan iaitu membudayakan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan antara warga sekolah, memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid di samping menyokong usaha sekolah melahirkan murid yang aktif, seimbang dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Event Information

Event Date 10-10-2026
Event End Date 10-10-2026
Cut Off Date 10-10-2026
Capacity 723
Individual Price Free
Location SK PENGKAPAN CHEPA