Aktiviti senamrobik sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2026 Peringkat SMK Badang telah dilaksanakan pada 10 Oktober 2026 bertempat di padang sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga sekolah. Program ini selaras dengan kempen #MalaysiaAktif dan #HSN2026.