Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan dan membimbing murid menguasai kemahiran asas dalam pelbagai jenis permainan bola seperti membaling, menangkap, menendang dan menghantar bola dengan teknik yang betul. Melalui latihan amali dan aktiviti berkumpulan, murid dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan, kecergasan fizikal, keyakinan diri serta memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan disiplin.