Hari Sukan Negara 2026

Acara

Terokai program dan aktiviti Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di seluruh negara.

LARIAN MADANI HSN 2026

Larian Madani merupakan salah satu aktiviti utama sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Kapit 2026 yang akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 2. Aktiviti ini bertujuan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti larian dan berjalan kaki secara santai. Larian Madani turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan, perpaduan dan kerjasama dalam kalangan peserta tanpa mengira latar belakang. Peserta akan menyertai larian secara berkumpulan dalam suasana yang santai, selamat dan menyeronokkan. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Sukan Negara serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan kecergasan fizikal. Penganjuran Larian Madani diharapkan dapat menyemarakkan Sambutan Hari Sukan Negara di Bahagian Kapit serta menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada amalan kehidupan seharian demi melahirkan komuniti yang aktif, sihat, cergas dan bersatu padu.

Event Information

Event Date 17-10-2026
Event End Date 17-10-2026
Cut Off Date 17-10-2026
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SMK SONG 2

We are no longer accepting registration for this event